kata kata mutiara
kumpulan kata kata mutiara di bawah ini sengaja admin kumpulkan,semoga dapat memberi sedikit motivasi kepada diri kita di dalam menjalani kehidupan sehari hari .silahkan simak satu persatu..
1.ada waktunya cahaya kita terpadam dan kemudian ia hidup semula daripada percikan orang lain.setiap dr pd kita perlu berterimakasih kpd siapa yang memberikan cahaya itu kpd kita.
2.kejayaan bukan lah sekuat mana anda menumbuk,tp skuat mana saudara di tumbuk dan terus maju ke depan.
3.Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
4.Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
5.Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
6.Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
7.Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan
8.Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka -Soekarno
9.Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
10.Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan
11.Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
12.Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
13.Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
14.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
15.Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
16.Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.
17.Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
18.Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
19.Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu
20.Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Terimakasih share kata2 mutiaranya
ReplyDeleteSukses selalu
tampilan baru bos..
ReplyDelete